Baru kemarin zati bertandang ke rumahku,
semalam kami bergelak bergurau senda berbicara tentang prihal teman lelaki,
baru semalam ku dengar dia bercakap dengan teman lelakinya,
tetapi hari ini,
aku dengar temannya itu sudah kembali kepada Allah S.W.T..
Al-fatihah..
setiap kali aku mendengar tangisan zati,
setiap kali itu juga la aku akan mengalirkan air mataku,
tertahan rasanya..hiba..seolah-olah aku turut menanggung rasanya,
zati, aku rasa dia amat hebat, dan disayangi oleh Allah S.W.T
betapa hebatnya dugaan yang ditempuhi oleh zati sepanjang perjalanan hidupnya,
aku tahu setiap apa yang dilaluinya,
Sumpah demi nama Allah, aku amat sayangkan dia lebih dari segala-galanya,
dia la teman aku sepanjang hayat,
aku amat bertuah kerana dikurniakan sahabat sepertinya,
memang tiada pengganti..
Setiap hiba, sedih yang dialaminya,
aku turut mengalaminya,
orang-orang yang disayanginya telah pergi meninggalkannya,
memang begitu tinggi dugaan yang diterimanya,
namun aku mahu dia tahu,
selagi Allah tidak mencabut nyawaku,
selagi itu akan tetap berada di sisinya,
susah atau senang,
aku akan tolong sedaya yang mungkin,
untuk membuatnya bahagia..
dan takkan ku biarkan sesiapa pun yang menyakiti hatinya..
kepada zati,
ku harapkan semoga kau tabah menghadapi segalanya,
dan aku percaya,
segala kesedihan ini bukanlah satu perkara yang sia2,
kerana tak mungkin Allah inginkan hambanya merasakan begitu melainkan ada hikmah disebaliknya...
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwahyarham..amin..
No comments:
Post a Comment