Well, semalam aku pergi wayang layan citer Nur Kasih The Movie dengan mama, ajak Akmal, dia tak nak pergi sebab dah janji dengan kawan dia..and bla bla..*rolls eyes* sebab hari ni dia dah masuk matrik Kolej Mara Kuala Nerang, so, last night nak hang out dengan sekutu-kutunya la. So, ajak la mama aku, selamber pergi tengok...dibelinya dia packet tissue, kononnya sedih la nak tengok nanti sebab kawan dia dah pergi tengok. Nak tergelak aku dengan kak olah ni. Bila masuk je, 10 minit yang pertama aku dah dengan sob sob kat atas..oh btw, kitorg duduk seat paling depan cuz dah lewat masa beli tiket..jenuh melangut mama aku..hahah kesian lak tengok dia..and what can i say about this film..banyak isu yang menunjukkan pasal kehilangan...aku rasa kebanyakkan paham plotnya, sebab semua pernah melaluinya suatu ketika...semasa Adam berdoa, ambillah apa pun, tapi jangan ambil nyawa isterinya, Nur, tetiba aku teringat..aku selalu berdoa dalam hati macam tu....Ya Allah, ambil la apa pun...jangan bagi aku fail exam! hahaha...punya la kecut perut sampai macam tu tapi its true sebab education is everything these days.
Dulu, masa nenek aku masih hidup dan mama dah telefon cakap dia tak sihat, orang dah baca yassin..I refused to believe that shes gonna go...aku pulak terhempas pulas siapkan kerja supaya boleh balik awal jumpa dia..dalam fikiran aku dah terbayang nak beli kain untuk buat baju kedah kat dia..nak tanya dia, kain apa dia suka...memang tak sempat. Aku tak sempat jumpa dia buat kali terakhir memang terkilan and if God wanna grant me with one wish, I'll wish that I would see her again even if its just for a while..just to have my last moment with her. Tapi, yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali. I get that. Aku selalu fikir yang dia just pergi dulu, dan aku akan menyusul kemudian hari. Semua akan kembali kepada penciptanya suatu hari nanti but no one ever know when. It could be tonight, could be tomorrow. Aku cuma harap sebelum sampai masa aku, aku dah kerjakan tanggungjawab aku sebagai anak, insyallah isteri and ibu and nenek..or (fill in the blank) Talk about that, aku cakap kat mama..mama, tolong la cari sorang kat kak long..sesiapa je la tapi nak yang kuat iman..macam imam muda ka? mama cakap balik, ceh sendiri cari la ye..zaman sekarang semua cari sendiri..T.T dah kena penampor sedaih kat muka. hahaha..dia tak kesah pun sangat..tapi hari ni dia pesan kat Akmal, mama nak yang pakai tudung ye..yang lain mama tak mau. Ambik ko Akmal..hehehe.
Hati masih mencari-cari..ibarat magnet kutub utara mencari magnet kutub selatan rasanya. Hai susah nak bertemu cinta yang sebenar-benarnya cinta. Entah la aku pun tak tahu apa yang aku cari. Sesusah nak paham diri sendiri, apatah lagi nak faham orang. Insyallah, aku akan bertemu jua dengan jodohku suatu hari kelak..nak cari macam Adam boleh? wooot! apa-apa pun, suka gila lagu-lagu OST Nur Kasih


